KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Kumpulan vokal lelaki popular era 1990-an, X-Factor, akhirnya kembali bersatu selepas 17 tahun membawa haluan masing-masing, menandakan lembaran baharu perjalanan seni mereka yang pernah mencipta fenomena dalam dunia muzik tanah air.
Lima anggotanya, Zach, Fendi, Shah, Danny dan Jim mengakui pertemuan semula itu bukan sekadar kebetulan, sebaliknya hasil kerinduan terhadap dunia muzik dan semangat persahabatan yang tidak pernah luntur walaupun masa memisahkan mereka hampir dua dekad.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA