CHERAS, 11 April -- Isteri Perdana Menteri juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berucap seterusnya merasmikan Dewan Persatuan Kebajikan Sayangi Rakyat Kuala Lumpur hari ini.
Wan Azizah berkata amalan kitar semula perlu dijadikan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menangani isu pencemaran alam sekitar, terutama pencemaran plastik yang semakin membimbangkan.
Beliau berkata sehubungan itu, usaha di peringkat komuniti seperti penubuhan pusat kitar semula berasaskan sukarelawan mampu menjadi model kepada masyarakat di seluruh negara.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA